DIA YANG MENYINGGAH 1
Mungkin inilah hikmah aku belum kawin sampai sekarang. Mudah sangat jatuh hati dengan orang. Kawin nanti, dah ada isteri tiba2 jatuh hati kat orang lain. Kan susah. Tapi, sampai satu masa, aku yakin Allah akan bantu aku untuk masukkan sakinah dalam diri aku dan cinta yang benar kepada isteri aku sahaja. Walaupun, kadang aku fikir, ada ke jodoh aku di dunia ni...
....
Tiba-tiba hari tu, dia block aku. Sebelum dia block, aku cuma fikir dia adalah kenalan atau kawan posting mate. Waktu kami posting, memang kami dua orang saja di Simunjan. Semenjak kebelakangan ini pun, kami dah makin renggang. Aku dapat rasa yang dia tak mahu diganggu dan ada kehidupan sendiri. Aku cuba faham situasi dia. Tiba2, lepas dia block aku secara mengejut, aku mula rasa sakit. Rasa rindu yang terungkap, rasa ada beban berat yang menimpa.
Peringkat awal, aku tak rasa apa2. Lama-lama aku mula rasa sakit dan makin sakit. Baru aku sedar, aku rasa aku dah jatuh hati dekat dia dan sekarang dia menjauhkan diri dari aku. Lagi pun, dia tak akan terima aku sebab dia memang dah ada orang yang dia sayang. Cuma, untuk diri aku, aku mula sedar yang aku simpan perasaan dekat dia selama ini. Sekarang ialah fasa aku untuk move on yang menyakitkan dan fasa-fasa memerlukan kekuatan daripada Allah agar diberi ketengana menerima ketentuan ini.
Aku tak sangka, sedalam ini perasaan aku dekat dia. Sampai aku sakit buat kali yang kedua.
Aku baru kenal dia dalam setahun dan kami pun jarang sangat berjumpa atau chatting. Tapi, mungkin ada salah benda yang aku buat, menyebabkan aku jatuh hati dekat dia.
Kadang aku boleh redakan sakit aku, tapi kadang bila driving di Simunjan ni, akan selisih dengan kereta dia, waktu tu mulalah sakit tu datang balik. Bila balik rumah, terbaring. Badan semua jadi lemah. terus tidur. Sebelum tidur tu monolog sorang2 untuk pujuk hati, redakan kesakitan. Aku ni jenis yang sakit, tapi air mata susah nak keluar. Sebab tu sakit tu makin terpendam dalam hati.
Malam tadi pun, bertembung lain. 7/05/2022. 10 malam. Aku balik ke Sarawak dari cuti raya Aidilfitri. Tiba2 nampak macam dia.
"Eh, aku ni angau sangat ka apa"
Tapi, bila check2 balik. Memang Nor Hidayah (bukan nama sebenar)
Hidayah (bukan nama sebenar), semoga awak terus bahagia menjalani kehidupan awak dan dipermudahkan jodoh awak.
Comments
Post a Comment